4 biji epal merah, buang kulit dan biji serta dicincang
3/4 cawan air
1/4 cawan gula prai
1/2 sk serbuk kayu manis
CARA MEMASAK
1) Satukan epal, air, gula dan serbuk kayu manis ke dalam periuk bertutup. Masak selama 15-20 minit pada api kecil atau sehingga epal menjadi agak lembut.
2) Sejukkan sos dan lenyekkan guna garfu atau pelenyek pisang. Boleh juga jika ingin dikisar.
3) Simpan dalam botol kaca yang telah direbus. Boleh bertahan sehingga sebulan dalam peti sejuk untuk kegunaan resepi lain.